Monday, November 26, 2012
alhamdulillah...akhirnya ^_^
Saturday, November 17, 2012
Jagakan Dia Untukku
Wednesday, November 14, 2012
Hijrah Qalbun
Saturday, November 3, 2012
Indahnya ukhwah fillah
Wednesday, September 26, 2012
CINTA itu MAHAL kerna HATI cuma SATU
Baitul Muslim impianku ^^ |
Cinta itu mahal, kerana hati cuma satu.
Hanya layak untuk mereka yang halal. Mereka yang tepat. Mereka yang Allah kirimkan untuk kita. Mereka yang ikhlas, mereka yang berusaha, mereka yang menjaga Allah, mereka yang patuh pada suruhan Allah, mereka yang belajar menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.
Kerana yang wanita perlu adalah pemimpin. Yang akan memimpin hidupnya. Yang akan memimpin keluarganya, generasinya. Bukan sahaja didunia bahkan di akhirat kelak, tempat yang kekal abadi untuk selamanya. Mereka perlu pemimpin yang boleh memimpin mereka ke jalan Allah, memimpin mereka menjadi wanita dan isteri yang solehah, serta boleh memimpin mereka ke Syurga Allah. Itu yang wanita inginkan, berada bersama orang tersayang di Syurga Illahi.
Bukan sombong, bukan mendongak, tetapi inilah wanita inginkan. Mereka mahu bahagia, tidak hanya di dunia kerana itu bukan yang abadi tetapi di akhirat. Mereka ingin selamat, tidak hanya di dunia, tetapi di akhirat kelak, di hadapan Allah kelak, saat dimana hanya amal yang menjadi titik penentu.
Wanita itu lemah, lemah jiwanya, lemah sifatnya. Kerana itu, mereka perlu dia yang benar-benar layak. Supaya mereka aman. Supaya berasa terlindung, dengan godaan syaitan dan bisikan hawa nafsu yang terus menerus memburu manusia supaya jatuh dalam lembah hina.
Buat dia yang bakal menjadi pendamping wanita, jadilah mereka yang wanita inginkan. Wanita bukan memilih tetapi mereka ingin yang terbaik, bukan untuk diri mereka sahaja, bahkan untuk pasangan mereka juga. Mereka ingin Allah redha dengan pilihan mereka, mereka ingin Allah restu dengan hubungan ini.
Duhai dia yang diciptakan untuk kaum Hawa, berubahlah...kerana cinta kami mahal, hanya untuk mereka yang halal dan yang selayaknya. Jika benar hatimu untuk kami, usah bermain kata. Bersifatlah sematangnya... temuilah wali kami sebagai buktinya! ^_^
Tinta sang ratu ^^
tinta sang ratu |
Saturday, June 9, 2012
TIDAK PERNAH JEMU
Sunday, April 29, 2012
.: LELAKI IDAMAN SAYA :.
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Tuesday, April 10, 2012
HUKUM ALLAH ke hukum manusia???
itulah yang sedang berlaku sekarang..sama ada kita sedar ataupun tidak sebenarnya ia bahaya pada umat ISLAM sekarang yang masih ambil sambil lewa dengan hukum ALLAH...bukankah hukum apa2 sahaja yang berkaitan dgn arak itu HARAM...masihkah kita ingat masa sekolah menengah subjek nie ada dalam matapelajaran pendidikan Islam yang ditekankan oleh ustaz or ustazah di sekolah tentang DOSA-DOSA BESAR...tapi kenapa kita tidak ambil tahu????...ya walaupun ramai yang tahu tak semua yang ambil tahu....
- Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.
- Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.
- Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram
- Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .
- Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram
- Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram
- Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram .
- Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.
- Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram
- Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram .
Thursday, April 5, 2012
Tips/Panduan Atasi Zina Hati
Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)
· Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada dipintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
· Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.
Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
· Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
· Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
Sunday, April 1, 2012
~ Malu & Iman ~
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam sebuah hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."
Berdasar hal itu, malu merupakan sifat yang paling mulia yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-Nya. Seseorang yang memiliki sifat malu mampu menahan dirinya daripada melakukan sesuatu perbuatan keji. Oleh sebab itu sifat malu menjadi pelengkap kesempurnaan seseorang insan. Menurut Ibnu Maskawaih, sifat malu merupakan sikap yang boleh mempertahankan diri daripada melakukan dosa. Orang yang malu, takut melakukan perbuatan yang tidak baik. Hakikatnya sifat ini salah satu sifat peribadi orang yang beriman.
Sifat malu dan masyarakat Melayu sebenarnya begitu sinonim, saling bertaut antara satu sama lain. Bahkan banyak pepatah Melayu yang mengungkapkan perkataan malu. Kita biasa mendengar pepatah seperti "malu-malu kucing", "malu bertanya sesat jalan", "malu berdayung berdayung perahu hanyut", "malu makan perut lapar", dan lain-lain lagi. Pepatah Melayu yang sedemikian itu sebenarnya lahir daripada tata pergaulan dan budaya masyarakat Melayu itu sendiri.
Sebenarnya timbul rasa malu pada seseorang bermula daripada mata. Barangkali itulah hikmahnya mengapa Allah S.W.T. meletakkan kedudukan deria penglihatan ini di bahagian atas tubuh manusia. Tujuannya tentu untuk memudahkan hamba-hamba-Nya melihat. Apabila mata melihat perkara dosa dan maksiat, disalurkan kepada hati. Dengan itu mudah dijauhi.
Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w meminta umatnya agar berhati-hati apabila melihat sesuatu, agar tidak menggunakan nikmat mata yang diberikan oleh Allah itu ke arah kemaksiatan kepada-Nya. Rasulullah s.a.w telah bersabda seperti yang diriwayatkan daripada Abi Umaimah r.a yang bermaksud: "Tidaklah orang Islam itu apabila dia memandang pada kehormatan wanita kemudian dia menundukkan pandangannya melainkan diberikan oleh Allah S.W.T. suatu ibadah yang terdapat padanya kemanisan (iman) dalam hatinya."
Seandainya hati seseorang sudah dihiasi dengan iman yang sempurna maka lebih dalamlah sifat malunya. Tetapi seandainya nafsu lebih banyak menguasai hati nescaya hilanglah rasa malunya. Oleh sebab itu, pengukuhan hati dengan nur iman inilah yang akan menentukan sejauh mana kemampuannya untuk mengawal mata agar bersifat malu, tunduk, dan merendahkan pandangannya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman, hendaklah mereka sentiasa merendahkan pandangan dan memelihara kehormatan mereka" (Surah al-Nur: 30).
Dalam sebuah hadith Qudsi, daripada Abdullah bin Mas'ud r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya pandangan mata (yang diharamkan) merupakan panahan beracun daripada panahan Iblis. Sesiapa yang menundukkan pandangannya kerana takut kepada-Ku, akan Aku tukarkan (pandangan) dengan iman yang dapat dirasai kemanisannya dalam hati" (Hadith Riwayat Tabrani dan al-Hakim).
Imam al-Jurjani berpendapat bahawa sifat malu merupakan cermin peribadi Mukmin yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada setiap hamba-Nya. Hal ini menyebabkan orang yang beriman enggan melakukan dosa, mereka takut, dan malu kepada Allah S.W.T. Jadi, malu yang dikurniakan kepada hamba-Nya adalah untuk menjadikan mereka orang yang terbaik. Dalam hal ini, Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu tidak akan membawa seseorang Mukmin itu melainkan untuk kebaikan sahaja."
Walau bagaimanapun malu pada seseorang boleh menjuruskan kepada kebaikan dan juga keburukan. Apabila malu tercetus seperti yang dituntut dalam Islam maka malunya akan membawa kepada kebaikan. Malu ini berpunca daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Sebaliknya apabila malu datang daripada dorongan syaitan dan nafsu, maka seseorang itu akan malu untuk melakukan kebaikan. Sebenarnya, iman dan malu merupakan dua perkara yang saling berkait antara satu sama lain. Jika salah satu daripada keduanya hilang maka rosaklah seluruh pancainderanya. Ketika itu deria matanya sudah tidak malu untuk melihat perkara yang diharamkan, telinganya sudah hilang malu untuk mendengar umpat dan fitnah orang, kakinya pula sudah tidak malu untuk melangkah ke lembah kemaksiatan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: "Iman dan malu bergandingan, apabila terangkat satu daripadanya, terangkat kedua-duanya." Jadi, setiap orang wajib menjaga agar tidak tercabut sifat malu demi menjaga iman terhadap Allah S.W.T. Dalam masa yang sama, hati perlu dijaga kerana pada hatilah terletak iman dan malu itu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Ingatlah, sesungguhnya pada tubuh badan manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhan anggota jasadnya tetapi jika rosak daging itu maka rosak jugalah keseluruhan anggota jasadnya. Yang demikian itu ialah hati" (Riwayat Bukhari).
Rasulullah s.a.w sendiri secara realitinya sangat pemalu. Hal ini dijelaskan sendiri oleh para isteri Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadith yang bermaksud: "Rasulullah s.a.w. itu seorang yang sangat pemalu orangnya" (Riwayat Bukhari).
Oleh sebab itu, sebagai umat Rasulullah s.a.w. kita perlulah menjadi pemalu seperti yang ditunjukkan oleh baginda. Panduannya dijelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan dari Abu Lais, daripada Abdullah bin Mas'ud katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Malulah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar malu. Lalu dijawab para sahabat, wahai Rasulullah s.a.w. kami sudah malu kepada Allah! Kemudian Nabi menjelaskan: "Bukan itu yang aku maksudkan, tetapi orang yang benar-benar malu kepada Allah, akan menjaga kepala dan semua pancainderanya daripada dosa-dosa, begitu juga dengan perut dan apa yang masuk ke dalamnya. Untuk itu hendaklah selalu ingat akan mati dan bencana di dalam kubur. Sesiapa yang benar-benar ingin akan akhirat, dia akan sanggup meninggalkan kesenangan dunia. Sesiapa yang berbuat demikian maka sebenarnya dia telah malu kepada Allah dengan sungguh-sungguh malu."
Malu yang bersifat imani ini hanya boleh didapati melalui proses makrifatullah iaitu mengenal Allah S.W.T. Yakni mengenal sifat-sifat-Nya serta ilmu-Nya yang melampaui segala maklumat yang tersembunyi di hati manusia. Dalam hal ini Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Mereka cuba menyembunyikan (keburukan) daripada manusia, tetapi mereka tidak mampu (berselindung) daripada (pengetahuan) Allah, padahal Allah sentiasa bersama mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai. Dan sesungguhnya (ilmu) Allah meliputi segalanya terhadap apa yang mereka lakukan" (Surah al-Nisa': 108).
Oleh hal yang demikian, mereka yang benar-benar mengenal Allah pasti akan berasa malu. Malu yang akan menjadikan manusia malu kepada Allah, taat beribadah, warak, dan berperibadi yang baik sama ada di hadapan khalayak ramai atau waktu bersendirian.
Sebenarnya, sifat malu ini wajar dilatih dan dipupuk bermula dari rumah lagi. Ibu bapalah yang sepatutnya menanamkan akhlak malu kepada anak-anak. Manakala di sekolah pula guru-guru yang bertindak sebagai fasilitator, wajar memperkemaskannya melalui didikan sehinggalah berjaya diterapkan dalam masyarakat.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abi Mas'ud al-Badri r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda mafhumnya: "Sesungguhnya sesuatu yang dipegang oleh manusia daripada ucapan kenabian yang pertama ialah: "Jika engkau tidak berasa malu maka perbuatlah perkara yang engkau inginkan" (Riwayat Bukhari).
Berdasarkan hadith ini, jelas kepada kita bahawa malu merupakan sifat dan budaya para Anbia' sejak Nabi Adam lagi. Tegasnya, sifat malu amat besar peranannya dalam membentuk peribadi Muslim dan ummah keseluruhannya. Sifat malu itulah yang mampu mencegah dan menahan masyarakat daripada melakukan perbuatan-perbuatan buruk.
Orang yang tidak memiliki sifat malu ini, mereka akan tenggelam dalam setiap perbuatan keji dan mungkar. Mereka tidak akan malu lagi untuk melakukan kemaksiatan, malah dicanangkan ke merata ceruk dan berbangga dengannya. Jelasnya, apabila masyarakat Islam hilang rasa malu, mereka akan melakukan apa sahaja yang diinginkan.
Realiti yang jelas pada hari ini, kejahatan dan kemungkaran yang semakin bertambah parah itu berpunca daripada hilangnya sifat malu pada umat akhir zaman ini. Yang amat menyedihkan dalam hal ini, kebanyakan kes melibatkan orang-orang Islam sendiri. Kes-kes bersekedudukan dan sumbang mahram misalnya, bukan lagi menjadi isu sensitif. Malah cerita sedemikian rupa sudah dikomersialkan di dada-dada akhbar, buku-buku dan juga majalah hiburan.
Kegawatan akhlak yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, samalah seperti yang berlaku di negara barat yang sudah hancur nilai moral dan akhlaknya. Keruntuhan peribadi manusia di akhir zaman ini telah menjadi bukti kebenaran yang dirakamkan melalui lidah Rasulullah s.a.w, 1400 tahun yang lalu. Sabda Baginda yang bermaksud: "Kiamat tidak akan terjadi sehinggalah rasa malu telah lenyap daripada anak-anak dan kaum perempuan."
Hal ini diperkuatkan lagi dengan yang dikatakan oleh seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Salman al-Farisi yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila Allah S.W.T. menginginkan kehancuran dan kebinasaan seseorang hamba-Nya, maka Dia akan mencabut daripada dirinya sifat malu. Apabila sudah dicabut sifat tersebut, maka dia tidak akan bertemu dengan Allah S.W.T. lagi, kecuali dalam keadaan dia amat dimurkai. Apabila dia sudah berada dalam keadaan sedemikian, maka akan dicabut daripada dirinya sifat amanah, lantas dia tidak akan menemui Allah S.W.T. lagi, kecuali dalam keadaan dia dicap sebagai pengkhianat atau orang yang dikhianati. Apabila dia sudah dilabel sedemikian rupa, maka akan dicabut daripada dirinya pula sifat rahmah (belas kasihan) lantas dia tidak akan bertemu dengan Allah S.W.T. kecuali dalam keadaan dia memiliki sikap keras dan berhati kasar. Apabila dia sudah dalam keadaan sebegitu, maka akan dicabut sebahagian iman daripada tengkuknya, dan apabila sudah dicabut imannya, maka dia tidak akan bertemu dengan Allah S.W.T. kecuali dalam keadaan menjadi syaitan yang dilaknat atau suka melaknat".
Tetapi realiti yang berlaku pada hari ini, sifat malu diletakkan pada keadaan atau tempat yang tidak sepatutnya. Malu tidak bertempat, khususnya apabila melibatkan masalah-masalah agama. Malu seperti ini, dinamakan malu orang jahil. Walhal tidak ada malu dalam melaksanakan amalan agama. Selain itu, terdapat umat Islam yang malu untuk mendalami ilmu agama, apatah lagi perkara yang melibatkan permasalahan yang agak sensitif dan bersifat peribadi. Bukan sahaja perkara yang melibatkan kaum wanita, lelaki juga tidak mahu bertanya kerana malu.
Terdapat juga orang yang malu untuk melakukan kebaikan kerana takut dikata ketinggalan zaman, malu untuk menyatakan pendapat kerana rasa rendah diri yang keterlaluan. Bahkan ada yang malu untuk meninggalkan perkara yang haram atau makruh kerana takut dikatakan, tidak pandai bersosial. Tidak kurang juga generasi kini yang rasa malu untuk menampakkan kebenaran, dan malu untuk mengambil keputusan sesuatu yang benar. Bukan itu sahaja, mereka juga malu untuk menonjolkan kebenaran orang lain atau menyatakan kebenaran orang lain. Malu yang sebegini sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: ".... Dan Allah S.W.T. tidak malu pada sesuatu yang hak (kebenaran)" (Surah al-Ahzab: 53).
Sifat malu yang dimiliki oleh umat Islam merupakan sebahagian daripada cabang iman. Maknanya, kalau seseorang itu mempunyai malu, imannya berada di tahap yang selamat. Dalam sebuah hadith yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan al-Nasai dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau memiliki dua sifat yang dicintai oleh Allah. Aku bertanya kepada baginda, "Sifat apakah itu wahai Rasulullah?" Baginda bersabda, "Sifat lemah lembut dan sifat malu." Aku bertanya lagi, sifat yang sudah lama (dalam diriku) atau yang baru? Baginda menjawab dengan sabdanya, "Bahkan sudah lama." Aku berkata (pada diriku), Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. yang telah menganugerahkan kepadaku dua sifat yang dicintai oleh Allah".
Berdasarkan itu, setiap umat Islam harus memiliki sifat malu seperti yang disarankan oleh Islam. Malu bukan sahaja disenangi manusia tetapi Allah dan rasul-Nya.
"