Sedar tidak sedar, rupanya dah beribu-ribu kali kita solat.
Beribu-ribu kali juga kita renew (perbaharui) syahadah kita. Malah
berbulan-bulan atau mungkin sudah bertahun-tahun kita berpuasa (jumlah puasa
wajib atau sunat sepanjang hidup). Ada sesetengahnya yang sudah berkali-kali
mengerjakan umrah atau naik haji.
Seandainya
kita fokus kepada solat, setiap hari paling tidak kita akan rukuk 17 kali, 34
kali sujud, lima kali mengangkat takbiratulihram dan memberi salam. Bukan itu
sahaja, malah kita mengulangi bacaan alFatihah sebanyak 17 kali, bertakbir
hampir 100 kali, malah banyak lagi bacaan lain yang dibaca berulang kali dan
tidak pernah berubah.
Pernahkah
kita jemu dengan semua itu? Pernahkah jemu membaca membaca surah dan ayat
alQuran yang sama? Pernahkah jemu bertawaf dan menunaikan pelbagai rukun haji
dan umrah yang lain? Tidak pernahkan?
Hakikatnya
ibadah itu makanan roh yang amat diperlukan dari semasa ke semasa. Makin
dikerjakan ibadah wajib, makin terasa lazatnya, malah mungkin makin “ketagih”.
Ibadah
tidak pernah menjemukan. Yang jemu hanyalah hati yang kian jauh daripada rahmat
ALLAH s.w.t. Yang jemu hanyalah hati yang terlalu mencintai dunia.