Wednesday, September 26, 2012

CINTA itu MAHAL kerna HATI cuma SATU

Baitul Muslim impianku ^^
Tuhan, izinkan aku jatuh cinta pada orang yang tepat, di waktu yang tepat. Kerana hatiku cuma satu,hanya kepada dia yang halal buatku."

Cinta itu mahal, kerana hati cuma satu.

Hanya layak untuk mereka yang halal. Mereka yang tepat. Mereka yang Allah kirimkan untuk kita. Mereka yang ikhlas, mereka yang berusaha, mereka yang menjaga Allah, mereka yang patuh pada suruhan Allah, mereka yang belajar menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.

Kerana yang wanita perlu adalah pemimpin. Yang akan memimpin hidupnya. Yang akan memimpin keluarganya, generasinya. Bukan sahaja didunia bahkan di akhirat kelak, tempat yang kekal abadi untuk selamanya. Mereka perlu pemimpin yang boleh memimpin mereka ke jalan Allah, memimpin mereka menjadi wanita dan isteri yang solehah, serta boleh memimpin mereka ke Syurga Allah. Itu yang wanita inginkan, berada bersama orang tersayang di Syurga Illahi.

Bukan sombong, bukan mendongak, tetapi inilah wanita inginkan. Mereka mahu bahagia, tidak hanya di dunia kerana itu bukan yang abadi tetapi di akhirat. Mereka ingin selamat, tidak hanya di dunia, tetapi di akhirat kelak, di hadapan Allah kelak, saat dimana hanya amal yang menjadi titik penentu.

Wanita itu lemah, lemah jiwanya, lemah sifatnya. Kerana itu, mereka perlu dia yang benar-benar layak. Supaya mereka aman. Supaya berasa terlindung, dengan godaan syaitan dan bisikan hawa nafsu yang terus menerus memburu manusia supaya jatuh dalam lembah hina.

Buat dia yang bakal menjadi pendamping wanita, jadilah mereka yang wanita inginkan. Wanita bukan memilih tetapi mereka ingin yang terbaik, bukan untuk diri mereka sahaja, bahkan untuk pasangan mereka juga. Mereka ingin Allah redha dengan pilihan mereka, mereka ingin Allah restu dengan hubungan ini.

Duhai dia yang diciptakan untuk kaum Hawa, berubahlah...kerana cinta kami mahal, hanya untuk mereka yang halal dan yang selayaknya. Jika benar hatimu untuk kami, usah bermain kata. Bersifatlah sematangnya... temuilah wali kami sebagai buktinya! ^_^

Tinta sang ratu ^^


tinta sang ratu
Sudah sekian lama tidak bertinta
Di blog kesayangan empunya diri
Yang sering diabaikan
Dek kesibukan duniawi
Yang tidak pernah mengerti
Erti kesudahan hakiki ^^

Sudah lama tak on9 waktu malam coz takde wifi di rumah, broadband entah hilang kemana seolah-olah membawa rajuk diri….ngeeee…byk yg terpendam dihati, menjadi sebuah buku diari yg tak terluah rasanya…hanya IMAN pemujuk diri agar tabah & sabar menghiasi diri….agar syukur sentiasa melingkari setiap ucapan dan perbuatan.

Hari nie dah sebulan lebih bergelar staf ASE….sepanjang disitu byk yg ku pelajari erti kehidupan…cara mengurus masa sangatlah penting….tiada pengurusan masa yg sistematik amatlah rugi…itulah yg dirasakan saat skrg dan masih blajar utk menyesuaikan diri dengan suasana baru dengan adik2 staf yang nakal2 ^_^  diorg sgt caring n cool…mudah2an ukhwah terjalin sentiasa dlm redha ALLAH…Alhamdulillah rezeki n jodoh rahsia ALLAH…hanyaDIA yg tahu mana yg terbaik utk hambaNYA…yg penting kita berusaha dan sentiasa berdoa…agar diberi kemudahan dlm setiap perkara…andai kata masa n rezeki tidak berpihak pada kita…janganlah resah n kecewa…senyumlah dan redha dgn pemberianNYA…mungkin hari ini bukan rezekimu mana tahu esok ada yg lebih baik utkmu ^^ yakinlah…bukan dlm keadaan lapang dan sihat saja yg kita kena syukuri tp dlm keadaan sempit dan susah waktu inilah yg dpt mengajar agar sentiasa bersyukur bukan mengeluh…insyaALLAH berlapang dada menerimanya…lapang juga pejalananmu dlm meniti kehidupan yang sering berubah2 tanpa mengenal erti simpati dan bertolak ansur…ini kerana masa itu ibarat pedang yg tajam…tanpa menjaga dan mengasahnya dgn baik ia bisa memakan tuannya sendiri tp jika ia diasah  dan dijaga dgn baik ia sgt berguna pada tuannya ^^

insyaALLAH…semoga dalam redhaNYA selalu ~~~~~~=)