Tuesday, April 10, 2012

HUKUM ALLAH ke hukum manusia???


mana satu pilihan kita apabila berhadapan dengan situasi yang menyukarkan kita membuat pilihan???....ermm sukar ke...or takut dengan hukum manusia....^_^ itulah yang sering terjadi pada segelintir remaja apabila kurang ilmu agama di dada...hukum ALLAH diketepikan...

sekarang dunia makin memerlukan wang...utk sara hidup yg makin hari makin meningkat...monolog seorang insan "biarlah aku buat keja apapun...janji ada duit utk hidup" ...betul ke ayat tu???..apa kata tukarkan "biarlah aku buat keja apapun janji ia adalah HALAL dan ALLAH memberkati rezekiku" kan ini lebih baik....^^

rezeki HALAL mcmana pilihan kita sebenarnya..benarkah yg kita keja skrg...duit gaji yg kita dapat betul2 halal???betul2 diberkati???....tepuk dada tanya iman..fikir dan renung kembali dari mana hasil rezeki yang kita dapat....kerana rezeki yang ada sumber2 haram boleh mengelapkan hati kita tanpa disedari...bukan itu sahaja malah menjadi darah daging kita...bila sudah menjadi darah daging kita...bukan ke susah utk melakukan kebaikan malah jauh kita dari rahmat ALLAH...huhu...sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun ^^

apa yang menyedihkan...bukan kita tak tahu malah kita yang tak nak ambil tahu...kerana bagi kita ia hanya perkara kecil...ermm betul ke perkara kecil...jom baca dan hayati kembali hadis di bawah ini:

" Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya
"
(riwayat ibnu Majah dan at-Tirmizi)

itulah yang sedang berlaku sekarang..sama ada kita sedar ataupun tidak sebenarnya ia bahaya pada umat ISLAM sekarang yang masih ambil sambil lewa dengan hukum ALLAH...bukankah hukum apa2 sahaja yang berkaitan dgn arak itu HARAM...masihkah kita ingat masa sekolah menengah subjek nie ada dalam matapelajaran pendidikan Islam yang ditekankan oleh ustaz or ustazah di sekolah tentang DOSA-DOSA BESAR...tapi kenapa kita tidak ambil tahu????...ya walaupun ramai yang tahu tak semua yang ambil tahu....

apa yang saya ingin highlights kan di sini adalah berkaitan orang yang menjual arak dan hasil dari menjual arak....terkejut apabila mendengar satu statement dari orang yg bijak pandai..."kita bukan minum arak, jual je...bukan salah pun"...satu lagi ayat nie "bapak saya USTAZ, dia cakap tak salah pun jual arak..bukan minum" astaghfirrullah....betul ke apa yang saya dengar...huhu itulah kenyataan masyarakat sekarang...tak semua melayu tu ISLAM...bila hukum ALLAH diketepikan...

itulah realiti tapi tidak dipertikaikan di meja PARLIMEN bila hukum ALLAH tidak ditegakkan tapi hukum manusia di dahulukan.....apakah sudah terjadi???...perkara ini memang sudah terjadi apabila supermarket or kedai2 tertentu yang diselitkan dengan penjualan arak menjadi tayangan tanpa membantah..dimana yang menjualnya bukan 'non-muslim' tapi orang MELAYU...huhu...bukankah mereka beragama ISLAM??? yang paling menyedihkan hasil dari jual arak pulak termasuk dalam upah/gaji mereka dan hasil itu diberi menampung sara hidup keluarga...huhu..na'uzubillahi min zhalik...

sahabat2 yang dikasihi..jika kita atau saudara2 berada disituasi antara hukum ALLAH dan hukum manusia...janganlah takut...kembali kepada hukum ALLAH...bukan mereka yg memberi rezeki...tapi ALLAH...meninggalkan kemungkaran adalah satu jihad..carilah pekerjaan yang lebih baik...apabila kita terlibat apa2 sahaja berkaitan dengan arak tinggallah..semoga kita tidak dberada dalam golongan yang dilaknat ALLAH...

10 golongan ( dilaknat) yg terlibat dengan arak yg terdapat di dlm hadis di atas

  1. Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.

  2. Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.

  3. Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram

  4. Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .

  5. Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram

  6. Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram

  7. Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram .

  8. Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.

  9. Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram

  10. Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram .
(p/s: semoga bermanfaat...maafkan jika tatabahasa ana kurang baik...semoga maksudnya tersampai...berani kerna benar takut kerna salah...semoga diberkati)

No comments:

Post a Comment