Monday, November 26, 2012

alhamdulillah...akhirnya ^_^



tanggal 25/11/2012
jam 8.00 pg...
akhirnya segulung ijazah di genggaman
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
dengan izinNYA 
ku merasai nikmatNYA
ditemani emak, ayah dan adik2
disamping insan2 tersayang
detik2 bersejarah menjadi lebih bermakna ^_^
4 hari 3 malam
walaupun penat dan letih
terutamanya drebar yg setia
pengorbanannya tetap dihargai
semuanya dengan izinNYA...
tanpa izinNYA kenikmatan ini takkan aku rasai

Allah...perjuangan ku bukan setakat ini..
ia sehingga akhir hayatku
sehingga ujung nyawaku
ilmu tetap dicari

terima kasih emak dan ayah 
kerna membesarkan dan mendidikku
terima kasih guru-guruku
tanpa kalian aku takkan melangkah saat ini
terima kasih sahabat2
tanpa kalian aku juga lemah
terima kasih adik2 ku
kerna kalian sentiasa sokong Along

terima kasih ya ALLAH 
kerna menghadirkan mereka buatku ^_^


taj mahal monumen ^_^

Saturday, November 17, 2012

Jagakan Dia Untukku




Ya ALLAH…
Walau siapa pun dia
Jagalah dia untukku
Seperti mana aku Engkau menjaga aku untuknya

Ya ALLAH..
Diri ini tidak sempurna
Begitu juga dia
Namun bantulah kami untuk menjadi sempurna
Dan saling melengkapi

Ya ALLAH…
Perjalanan dalam mencari siapa dia
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahuinya
Walau aku tidak pernah tahu siapa dia
Namun jagalah hatiku hanya untuknya

Ya ALLAH..
Tetapkanlah hatinya dalam mencintaiMU
Kerna cinta kami hanya untukMU
Jagalah imannya kerana kelak dia akan menjadi imamku

Ya ALLAH…
Kukuhkan sabar dihati dia dan aku
Agar kami nanti bersatu dibawah redhaMU
Pupukkanlah kasih saying dihati kami hanya keranaMU

Ya ALLAH
Berilah dia kekuatan dan kesihatan
Kurniakanlah kepadanya kesenangan dan kegembiraan
Agar aku turut senang melihat dia seandainya KAU izinkan

Ya ALLAH…
Jagakan dia untukku
Kerana aku tidak pernah tahu siapa dia
Satukan kami apabila tiba masanya
Kerana kami inginkan keredhaanMU

Ya ALLAH..
Dalam sujud ku berdoa
Jagakan dia untukku
Lindungi dia untukku
Redhailah dia disetiap langkahnya…

~Aamiin..Allahumma Aamiin~

Wednesday, November 14, 2012

Hijrah Qalbun


dalam sepi 
aku meniti dalam kelam
mencari kembali yang hilang
tanpa siapa yg mengetahui
hanya DIA yg tahu

dalam sepi
hati meronta-ronta
meminta setitis kedamaian
mengharap secebis ketenangan
apakah iman kian menghilang?

dalam sepi
ku bertasbih dan bertahmid
agar cahaya ku temui
pada sekeping hati yg gersang
akhirnya apa yg ku cari 
telah ku temui
kerna tanpa ku sedar
DIAlah segala2nya...

<3 ayatul="ayatul" husna="husna" p="p">


Saturday, November 3, 2012

Indahnya ukhwah fillah



Bismillahirahmanirahim…
Dengan nama ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI….
Tiada apa yg lebih nikmat melainkan nikmat IMAN & ISLAM
Alhamdulillah…syukur ke hadratNYA kerna petemukan dengan sahabat2 fillah =)
Satu persatu insan ALLAH temukan sejak2 nie..
Semuanya ada hikmahNYA~~~
Hari ini, tanggal 3/11/2012….
Dengan izinNYA….ana bertemu Pn Syaheedah Aisyah dan anaknya yg sgt comey…Kamelia ^_^
Sejuk memandang kedua2 wajah insan ini….ada terselit seribu satu rasa yg tak dpt digambarkan..
Rupanya dekat je ngan kawasan rumah ana…ngeee…tp tula baru ari nie jumpa…
Dalam kerisauan akan penerimaan kehadiran tetamu alam maya…takut2 jugak kalu tak diterima…
Alhamdulillah…kedatangan dipermudahkan….siap tak bg balik awal…hehe
Simple je orangnya…melia pulak mcm tkt2 je nak dekat ngan aciknya…last2 pandai dia dekat ngan aciknya ^_^
Ukhti Syaheed juga merangkap sahabat kepada sahabat baik ana ukhti Asma …tak sangka kan…saling ada kaitan antara kami…
Pertemuan yg singkat nie…insyaALLAH akan terus membajai ukhwah kerna ALLAH till JANNAH…mudah2an…
Walaupun acik melia nie still solo lg…(dah kena panggil ACIK..hehe)…insyaALLAH ia bukan penghalang ^_^

SERIBU SATU RASA SEMEMANGNYA TAK DPT DIUNGKAPKAN MELAINKAN ALLAH YG MAHA MENGETAHUI ~~~~~




Nice today fillah <3 nbsp="nbsp">