Wednesday, September 26, 2012

CINTA itu MAHAL kerna HATI cuma SATU

Baitul Muslim impianku ^^
Tuhan, izinkan aku jatuh cinta pada orang yang tepat, di waktu yang tepat. Kerana hatiku cuma satu,hanya kepada dia yang halal buatku."

Cinta itu mahal, kerana hati cuma satu.

Hanya layak untuk mereka yang halal. Mereka yang tepat. Mereka yang Allah kirimkan untuk kita. Mereka yang ikhlas, mereka yang berusaha, mereka yang menjaga Allah, mereka yang patuh pada suruhan Allah, mereka yang belajar menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.

Kerana yang wanita perlu adalah pemimpin. Yang akan memimpin hidupnya. Yang akan memimpin keluarganya, generasinya. Bukan sahaja didunia bahkan di akhirat kelak, tempat yang kekal abadi untuk selamanya. Mereka perlu pemimpin yang boleh memimpin mereka ke jalan Allah, memimpin mereka menjadi wanita dan isteri yang solehah, serta boleh memimpin mereka ke Syurga Allah. Itu yang wanita inginkan, berada bersama orang tersayang di Syurga Illahi.

Bukan sombong, bukan mendongak, tetapi inilah wanita inginkan. Mereka mahu bahagia, tidak hanya di dunia kerana itu bukan yang abadi tetapi di akhirat. Mereka ingin selamat, tidak hanya di dunia, tetapi di akhirat kelak, di hadapan Allah kelak, saat dimana hanya amal yang menjadi titik penentu.

Wanita itu lemah, lemah jiwanya, lemah sifatnya. Kerana itu, mereka perlu dia yang benar-benar layak. Supaya mereka aman. Supaya berasa terlindung, dengan godaan syaitan dan bisikan hawa nafsu yang terus menerus memburu manusia supaya jatuh dalam lembah hina.

Buat dia yang bakal menjadi pendamping wanita, jadilah mereka yang wanita inginkan. Wanita bukan memilih tetapi mereka ingin yang terbaik, bukan untuk diri mereka sahaja, bahkan untuk pasangan mereka juga. Mereka ingin Allah redha dengan pilihan mereka, mereka ingin Allah restu dengan hubungan ini.

Duhai dia yang diciptakan untuk kaum Hawa, berubahlah...kerana cinta kami mahal, hanya untuk mereka yang halal dan yang selayaknya. Jika benar hatimu untuk kami, usah bermain kata. Bersifatlah sematangnya... temuilah wali kami sebagai buktinya! ^_^

No comments:

Post a Comment